4
24 December 2008

Dua situasi dalam satu sandiwara (ilham dari tempurung pecah)

Semalam, sedang aku menunggu kawan di pekan, ada seorang 'macha' datang sambil bercerita sebuah kisah sedih pada aku. Mulanya, aku malas ambil pusing dengan semua hikayat kesedihan dia. Memandangkan beliau seperti orang terdesak dan berada dalam kesusahan, aku pun dengar saja cerita tersebut. Rupanya beliau dirompak, habis semua wangnya hilang.

” Saya tahu saya bangsa lain, itu orang sudah rompak sama saya. Saya mau balik S P. **** punya orang"sumpah seranah dia kepada ‘perompak’ tersebut.

Sambil bercerita kisah sedihnya, beliau meminta simpati aku untuk memberi RM 2. Walaupun dia dalam kesusahan sempat lagi ‘demand’ duit. Pelik juga aku. Aku malas nak dengar kisah sedihnya, terus aku hulurkan RM2 dengan niat untuk membantu. Dia terus berlalu pergi. Tapi kearah jalan yang tidak menghala ke stesen bas.

Selang beberapa minit, kawan aku menegur. Tengok tu, duit tadi dia guna untuk beli ‘benda’ tu sambil ketawa berdekah-dekah. Aku terus menyambung perbualan bersama rakan-rakan yang lain. Di dalam hati betapa marahnya tuhan saja yang tahu. Tak guna punya orang. Berlakon untuk simpati, semata-mata untuk meneguk “air kencing syaitan murahan’ yang dijual di kedai. Satu isu yang semakin panas yang berleluasa di utara tanahair pada masa kini.

Semalam, sedang aku menunggu kawan di pekan, ada seorang macha datang sambil bercerita sebuah kisah sedih pada aku. Mulanya, aku malas ambil pusing dengan semua hikayat kesedihan dia. Memandangkan beliau seperti orang terdesak dan berada dalam kesusahan, aku pun dengar saja cerita tersebut. Rupanya beliau dirompak, habis semua wangnya hilang.

” Saya tahu saya bangsa lain, itu orang sudah rompak sama saya. Saya mau balik S P. **** punya orang" sumpah seranah dia kepada ‘perompak’ tersebut.

Sambil bercerita kisah sedihnya, beliau meminta simpati aku untuk memberi RM 2. Walaupun dia dalam kesusahan sempat lagi ‘demand’ duit. Pelik juga aku. Aku malas nak dengar kisah sedihnya, terus aku hulurkan RM2 dengan niat untuk membantu. Dia terus berlalu pergi. Tapi kearah jalan yang tidak menghala ke stesen bas.

Selang beberapa minit, kawan aku menegur. Tengok tu, duit tadi dia guna untuk beli ‘benda’ tu sambil ketawa berdekah-dekah. Hati aku semakin membara dan terbakar kerana ditertawakan oleh rakan-rakan. Lantas, satu tendangan kung fu ala Eric Cantona hinggap betul-betul di saraf tunjang ‘mangsa ragut’ tadi. Tanpa aku sedari, ‘mangsa’telah lembik. Orang ramai cuba menahan aku dari terus memukulnya.Beliau bernasib baik.

Tak guna punya orang. Berlakon untuk simpati, semata-mata untuk meneguk “air kencing syaitan murahan’ yang dijual di kedai. Satu isu yang semakin panas yang berleluasa di utara tanahair pada masa kini.

Anda rasa peristiwa mana yang berlaku sebenarnya ?

0
16 December 2008

PGL

Ketika inilah kisah bermula...

dua insan bercinta...

berjauhan di mata...

menjalinkan janji untuk bersama...

merentas samudera membelah gunung...

sebuah cerita cinta yang agung...




Tanah mana yang aku pijak..

berdirinya aku kasih berguguran..

pasir mana yang aku genggam...

ratap aku semakin layu bunga berkembang...




Tuah: Setapak melangkah dua langkah ingatan kanda pada dinda.

PGL : Adinda bersumpah jikalau kekanda tidak kembali,Adinda akan menyusul kekanda menginjak pada tanah yang sama bernafas pada udara yang sama

Tuah: Layar berbelok-belok, sauh dibongkar di tempat tenang,yang tinggal hati tak elok,yang pergi hati tak senang...bila sampai waktu kita akan bersama...


PGL: Sekecil burung kedidi, Adinda terbang ke hati kekanda, mengharapkan cinta yang menggunung

Tuah:Jika patah sayap rajawali bertongkat jua kanda ke mari...


Tuah:Demi segala pengorbanan yang dinda lalui...Demi segala penderitaan yang dinda alami...dan demi segala kemungkinan yang patut kanda lakukan..kanda mohon maaf




Istana Budaya bakal digegarkan lagi dengan Teater PGLM III. Nampaknya tak dapat jugaaku pergi...dah 2 kali terlepas...dulu mmg tak sempat nak pegi...yang latest ni pun tak dapat jgak...huhu...ari tu member aku dapat tiket lebih...ada lagi 7 tiket..tapi cakap pun dah lmbat...dlm pkul 7 dah ...start 8.30...ambik masa nak gerak lagi....jln jam....mungkin sempat...tp ngam2 je time tu...tapi aku tak dapat pegi sbb esok tu kena tunjuk research pasal thesis...cadang tu mlm baru nak pegi cc...meber aku ajak pegi jgak...dia segan nak pg sorang2...bdk2 umah yg lain tak balik lg...ada yang dah pegi....tiket beli lebih plak....dia kata sempat lagi sbb mungkin habis teater tu dlm kul 12 je...aku dok risau tak sempat nak pi cc je...kalo tak mmg dah pegi...esok tu bila jumpa advisor dia ckp..patutnya hari jumaat jumpa dia....rugi betul aku!!!Kalo tau bleh pegi semalam....Mungkin PGLM III pulak...huhu...tu pun kalo ada.....
1

Kembara seniman jalanan yang sehelai sepinggang

Flat Seksyen 7

Pertama kali aku naik bas sejak di Shah Alam ,semasa part 3, tahun 2004. Habis saja kelas, aku terus ke seksyen 2. Masa tu, baru masuk UiTM, tumpang rumah sewa kawan aku di seksyen 7. Pergi ke kelas dengan tangan kosong, tak bawa apa-apa. Lagipun, kelas baru bermula. Habis kelas, aku berjalan ke perhentian bas kat Seksyen 2. Tengah menunggu bas nak balik ke rumah sewa, terserempak dengan budak batch aku kat Perak dulu. Dia tegur dan tanya aku, nak pegi mana? Aku pun tak fikir, terus cakap nak balik kampung. Dia cakap, dia pun nak balik kampung juga, boleh la ikut sekali sampai ke Puduraya.

Aku pun serba salah. Sebabnya aku rasa gundah, seperti tak nak balik ke kampung buat masa terdekat. Dengan sehelai sepinggang lagi. Bila bas tiba, fikiran aku masih lagi bercelaru. Sambil beratur untuk naik, aku masih was-was. Nak balik ke tak? Tiba-tiba terdengar satu suara menegur aku dari hadapan. "Orang muda tak elok fikir banyak-banyak"- kata pak cik driver.

Tanpa berfikir panjang, aku terus naik. Tempat sudah penuh, nampaknya aku terpaksa berdiri dari Shah Alam hingga ke Hentian Puduraya. Tapi, berdiri di dalam bas lama dah menjadi kebiasaan pada aku sejak dulu. Tak ada la lenguh-lenguh. Bila difikir balik, entah-entah pak cik driver tadi tu cakap kat orang lain. Tapi, rasanya dia tujukan pada aku. Sebab tinggal aku sahaja yang tercegat kat depan tangga tu. Di dalam perjalanan, aku masih tertanya-tanya. Perlu ke aku balik?

Sedang mengelamun berfikir dengan tindakan aku, budak tadi pun mula bertanya. "Apasal, dok berfikir lagi ke?" Aku terus tersentap dari lamunan. Aku cakap, "rasa macam tak jadi balik la". Dia ketawa. "Boleh pulak, dah naik bas fikir apa lagi? balik je la" Aku tersenyum seorang diri. Bila dah sampai Central Market, dia tanya nak turun kat mana? Aku pun berpura-pura buat macam aku tau jalan-jalan di KL. Padahal itulah kali pertama aku naik bas di KL. Ikut kaki sambil menjangka. Tengok arah tujuan orang lain. Kemana hala tuju mereka? Aku ikut. Kadangkala kita perlu juga ikut kata hati sendiri. Akhirnya, aku sampai juga ke Puduraya. Sebaik tiket dibeli, aku terus telefon kakak aku untuk memberitahu perkhabaran ini. Aku nak balik kampung!

Mesej yang cuba disampaikan: Pulanglah anda ke kampung, walaupun dengan sehelai sepinggang. Ingatlah orang yang tersayang.

3
04 November 2008

Semalam di San Francisco

Semalam, aku berhijrah ke San Francisco. Akibat tekanan dari kalangan penjenayah dan penguatkuasa, aku terpaksa juga berhijrah ke sana. Aku ke sana ditemani oleh salah seorang bapa saudara. Sesampai di sana, kami menaiki teksi buruk dengan bayaran sewa US 30. Memang tidak berbaloi. Mahu sahaja aku pelangkung kepala driver teksi tersebut. Puas bertengkar, akhirnya aku melunaskan harga tambang tersebut menggunakan wang yang telah dibekalkan oleh ayahku di kampung.

Sampai di rumahnya, bapa saudara bercadang untuk keluar dan menghantar ubat kepada isterinya iaitu mak cik aku. Aku nak ikut, tetapi ditegah olehnya. Belum sampai masa katanya. Untuk menghilangkan kebosanan tinggal di rumah, aku keluar berjogging. Dapatlah aku menghirup udara segar pagi hari di sekitar Jambatan Golden Gate.

Aku keluar ke Agensi Mencari Pekerjaan Bob. Nasib aku baik. Aku ditawarkan satu pekerjaan yang gajinya dibayar mengikut kiraan minggu. Berdasarkan umurku yang masih muda, aku memohon untuk melakukan kerja yang dilakukan oleh 2 orang. Semuanya kerana ingin mendapat lebih sumber kewangan. Maklumlah berada di tempat orang, saudara pun tiada. Kerani tersebut membuat penyusunan jadual agar dapat disesuaikan dengan masa untuk aku bekerja.

Setelah penat selama seminggu mengumpul sampah-sarap di sekitar San Francisco, akhirnya usaha aku berbaloi. Aku mendapat upah setelah seharian mencari sampah sepanjang minggu. USD 100. Itulah upah pertama yang aku terima.

Aku menghulurkan USD 100 kepada bapa saudaraku sekembalinya di rumah. Kemudian, beliau menyuruh aku untuk berkemas dengan kadar segera. Aku terpaksa berpindah ke Seattle untuk menyambung pengajianku di sana. Belajar sambil bekerja. Satu perkara yang amat sukar.

Seattle!!!Aku cabar engkau!!! Nantikan kemunculan ku disana. (sambil menjerit gaya Rosyam dalam filem KL Menjerit)

2
02 November 2008

Fakta pelik tentang aku # 2

Wujud kecelaruan antara dua benda. Sejak kecil sampai sekarang aku masih keliru untuk membezakan perkara-perkara ini.

1. Tumit dan buku lali


Mungkin aku keliru kerana kedua-dua kedudukan anggota badan ini terletak berdekatan antara satu sama lain. Kadangkala aku juga keliru antara lutut, buku lali dan tumit. Bila bercakap bab2 kedua-dua anggota ini (kadangkala 3), aku mengambil masa agak lama sedikit ( sambil berfikir) untuk memastikan ianya betul. Kekeliruan ini dapat dikesan ketika menjawab soalan sains sekolah menengah. Sejak itu, hidup aku telah berubah. Menjadi manusia unik yang penuh dengan kekeliruan.

2. Kunyit dan halia


Aku kurang pasti bila masanya kekeliruan ini wujud dalam diri aku. Mungkin semasa emak aku mengirim barangan masakan di kedai. Mungkin juga, semas aemak menyuruh aku mengambil halia atau kunyit yang ditanam di belakang rumah. Tapi yang pasti, aku memang keliru dengan dua bahan masakan ini.

3. Awan dan langit


Awan biru. Kenyataan tentang awan biasanya salah. Ini juga salah satu kekeliruan yang wujud dalam diri aku.

Contohnya,
Ahmad: Cuaca hari ini elok. Awan pun biru. Kalau ambil gambar tentu cantik.



2
01 November 2008

Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman…

Setiap wanita dikurniakan oleh Allah sifat malu. Kerana malu si wanita tahu menjaga kehormatannya, tahu menilai batas-batas sosialnya dan gagal diperdaya pujukan nafsu.

Namun,
Kini si wanita itu sudah hilang malunya. Kerana malu itu, terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai, gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL,

Lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Dengan sifat malu,
Lelaki menasihati diri dan wanita agar bersama-sama menjaga maruah diri serta aurat.
Mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial, pergaulan, HALAL dan HARAM.

Kerana MALU itu,
lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGANLAH mengajak si wanita untuk berbuat dosa.

Sebaliknya, selalulah ingat-mengingati mereka dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH!!!"

Sesungguhnya manusia mudah lupa. Dan demi masa manusia masih lagi alpa dan berada dalam kerugian.
2
28 October 2008

Teknik pemeringkatan 2 kali dan kewujudan "Kaki Press"

Salah satu perkara yang amat popular pada zaman persekolahan aku dahulu ialah menggelarkan nama rakan-rakan sekelas dengan nama bapa mereka. Mungkin inilah trend pada zaman tersebut. Perkara pertama yang dilakukan, membuka buku rekod dan kedatangan pelajar. Di bahagian belakang buku inilah tersimpan segala rahsia. Rahsia tentang maklumat ibu bapa dan nenek moyang mereka dapat dibongkar.

Di dalam kelas amali sains, cikgu yang mengajar sering memanggil nama-nama para pelajar. Ianya bertujuan untuk memastikan mereka tidak ponteng kelas. Sebenarnya, pihak sekolah telah memperkenalkan cara tersendiri untuk memastikan pelajar-pelajar tidak ponteng - Penanda Kehadiran yang ditanda dan dikuasai oleh ketua kelas. Tapi disebabkan ketua kelas kami yang ikut sama terlibat dalam aktiviti ponteng-memonteng, maka keberkesanan sistem ini amat diragui oleh guru-guru. Jadi guru-guru terpaksa membuat inisiatif tersendiri bagi mengelakkan perkara ini berlaku secara berleluasa. Maka wujudlah, teknik pemeringkatan 2 kali.

Bila disebut sahaja nama seorang demi seorang pelajar, terdengar sekali suara-suara lain umpama penyanyi latar yang bersahut-sahutan di dalam kelas.

Cikgu Muliati : Mohd Aidil

Pelajar :Mohammed( bayangkan dengan kesan echo)

Cikgu Muliati :Ahmad Junaidi

Pelajar :Hassan Sabri ( bayangkan dengan kesan echo)

Cikgu Muliati :Dzulrizal

Pelajar :Zuhri ( bayangkan dengan kesan echo lagi)

Itu belum lagi termasuk dengan individu yang kaki press (menekan perkataan hingga membingitkan dan menyakitkan hati). Spesis kaki press ini memang banyak terdapat di dalam kelas aku. Istilah ini kemungkinan hanya diketahui oleh kami sahaja.

2
25 October 2008

Kenapa graduan menganggur?

1. Kemahiran yang pelbagai (multi-skills person)

Kebanyakannya mempunyai pelbagai kemahiran (multi skills). Lihat sajalah di dalam kad perniagaan mereka. Pelbagai perkhidmatan dapat disediakan mereka. Contohnya, Graphic Designer(pereka grafik). Kemahiran lain yang mereka ada(terpapar di kad) adalah fotografi, animasi, rekabentuk model 3d, pereka web serta apa sahaja yang berkaitan dengan seni visual. Kesemuanya perkhidmatan dapat mereka tawarkan. Jadi, ianya menyempitkan ruang dan pekerjaan untuk para graduan jurusan bidang tersebut.

Aku tak salahkan mereka, mereka mempunyai bakat. Tapi, mungkin disebabkan kemahiran yang pelbagai ini, mereka hilang fokus. Jadi mereka tidak dapat menumpukan perhatian dan kerja yang memuaskan di dalam bidang ini. Inilah pentingkan pengkhususan dalam kerja.

Pelbagai perkhidmatan disediakan dalam satu pakej. Gambar sekadar hiasan

Graduan jurusan lain juga seperti seni bina juga mempunyai kemahiran lain. Walaupun berkelulusan dalam bidang seni bina, senireka dalaman dan sebagainya, mereka masih lagi mempunyai kemahiran lain seperti rekaan grafik dan fotografi. Walaupun permulaannya hanya sekadar hobi atau sekadar suka-suka (menyunting gambar di dalam myspace atau friendster). Mereka berani meletakkan diri setanding dengan orang yang berkecimpung di dalam bidang tersebut. Maka, lahirlah graduan yang serba boleh. Ini yang kita perlukan pada era globalisasi ini- "kemahiran yang pelbagai".

Kesan dari kecelaruan jurusan ini, maka lahirlah pereka yang tidak layak digelar pereka(tidak menepati tahap). Mereka hanya pandai menyuntingan gambar, tahu tentang basic adjustment seperti contrast, level dan crop (tak tahu menggunakan fungsi peralatan lain)menciplak karya dari internet, menggunakan brush secara berleluasa (hasilkan rekaan dengan brush semata-mata tanpa motif) dan rekaan lain yang entah apa-apa. Wujudnya jurugambar auto DSLR (yang sekadar mengambil gambar tanpa penyelarasan pada kamera). Mereka tidak mengetahui apa itu ISO, dedahan, shutter, aperture dan teori-teori lain.

Jika ada diantara mereka ini yang berbakat, rasanya memang tak salah. Malah kedatangan graduan dari jurusan lain amat dialukan bagi merancakkan lagi seni visual dan seni reka tempatan.

2. Kecelaruan dalam bidang (permohonan dalam talian)

Kebanyakan laman web sudah mengalami kecelaruan bidang sebagai syarat kelayakan untuk memohon jawatan melalui talian. Contohnya, kekosongan jawatan sebagai pereka di kilang kasut (shoe and footwear). Kelulusan pemohon adalah teknologi kasut, tetapi syarat untuk jawatan itu tertulis Anda tidak layak - Mengikut maklumat kelayakan yang anda nyatakan kepada sistem, anda dikira tidak layak untuk kekosongan ini. Sila kemaskini maklumat kelayakan anda sekiranya anda merasakan anda layak atau pilih kekosongan lain. Bila disemak pada sistem, syarat kelayakan adalah dalam bidang senireka fesyen. Apakah anda tersalah jurusan? Mungkin kelulusan anda untuk sektor lain?

Kes ke-2,

Kekosongan jawatan sebagai jurugambar. Kelulusan pemohon adalah dari bidang fotografi, tetapi syarat untuk jawatan itu, masih tertulis Anda tidak layak - Mengikut maklumat kelayakan yang anda nyatakan kepada sistem, anda dikira tidak layak untuk kekosongan ini. Sila kemaskini maklumat kelayakan anda sekiranya anda merasakan anda layak atau pilih kekosongan lain (sakit hati tak?). Bila disemak pada sistem, syarat kelayakan adalah dalam bidang seni reka grafik. Apakah anda tersalah jurusan lagi? Mungkin kelulusan anda untuk sektor lain juga?

Mungkin mengikut sistem,

1. Kekosongan jawatan sebagai pereka kasut?

Diisi untuk mereka yang berkelulusan dalam rekaan fesyen.

(Mungkinkah pereka-pereka kasut ternama sebelum ini, terhasil dari graduan jurusan fesyen? Mereka mungkin kreatif di dalam rekaan baju, jadi tak mustahil mereka dapat menggunakan kemahiran jahitan dalam pembuatan kasut)

2. Kekosongan jawatan sebagai jurugambar?

Diisi untuk mereka yang berkelulusan dalam rekaan grafik.

Mereka bekerja dalam bidang rekaan, jadi untuk menyunting dan memanipulasikan gambar memerlukan kelayakan dalam bidang seni reka grafik. Ini disebabkan pendedahan asas dalam kelas fotografi (2 jam kredit) yang diambil semasa pengajian mereka di IPTA dan IPTS. Mungkin juga, kemampuan mereka membeli dan mengambil gambar dengan kamera DSLR yang dibeli semasa kelas pengajian.

Contoh-contoh lain yang malas hendak dihuraikan.

3. Kekosongan jawatan sebagai pereka grafik?

Diisi untuk mereka yang berkelulusan dalam rekaan multimedia atau animasi

4. Kekosongan jawatan sebagai juru video?

Diisi untuk mereka yang berkelulusan dalam bidang fotografi

5. Kekosongan jawatan dalam bidang seni persembahan atau filem?

Diisi untuk mereka yang berkelulusan dalam bidang seni audio dan visual.



2
20 October 2008

ADAKAH MALAYSIA MEMPUNYAI BAKAT?

Mungkinkah realiti tv akan terus mendominasi program-program hiburan di dalam peti televisyen? Kita nantikan sahaja. Aku sememangnya anti terhadap program-program realiti tv yang kebanyakannya lebih terarah kepada hiburan semata. Jika adapun hanya beberapa kerat sahaja yang berfaedah bagi manusia, selainnya hanya Hedonisme.

Aku tidak salahkan semua rancangan realiti tv. Cuma rancangan yang berunsur hiburan menjadi sasaran hentaman aku kali ini. Ada yang memang dicedok bulat-bulat, ada juga yang telah dibuahsuai. Mengikut acuan Malaysia, kononnya untuk disesuaikan dengan masyarakat dan budaya di sini. Hasilnya dari asimilasi program-program seperti ini mewujudkan pelbagai pengaruh negatif. Masyarakat sudah terlalu biasa dengan hiburan. Hinggakan wujud dorongan dan pengaruh tidak sihat terhadap kanak-kanak.

Entah berapa banyak lagi program akan disogokkan di Malaysia selepas era sogokan sinetron dan telenovela yang melanda negara. Kalau dahulu, banyak rancangan Bollywood disiarkan tanpa batas(walaupun pada hari raya). Sekarang, semuanya sudah berubah. Rancangan dalam format yang agak baru (hakikatnya dah lama), Realiti TV. Aku rasanya, sudah seperti berada di dalam negara asing, walaupun hakikatnya masih lagi di Malaysia. Aku tidak melanggan siaran televisyen berbayar di rumah, tetapi rancangan yang disajikan umpama siaran rancangan televisyen satelit. Adakah ini satu keuntungan bagi aku? Aku sudah bosan disajikan dengan rancangan-rancangan ini. Cukuplahlah sekadar lambakan masyarakat berbilang kerakyatan. Janganlah sampai ke siaran tv pun turut sama terkena tempias kejutan budaya ini.

Mungkin kucing ini bakal menjadi "bintang" dalam The Trucat Show.

0
18 October 2008

Acara tidur berjemaah

Kenangan semasa aku bersekolah begitu banyak. Kelas kami dikategorikan kelas yang agak terpinggir. Pernah satu ketika, ada guru merajuk dan tawar hati dengan kelas kami. Tapi kelas kami taklah teruk sangat seperti yang disangka. Seingat aku mungkin dalam 2-3 orang guru pernah "terkena" dengan budak-budak kelas kami. Menurut seorang rakan (baru berpindah sekolah), dia agak hairan pada hari pertamanya di dalam kelas. Kita namakan dia Hakim (bukan nama sebenar).

Sebaik menerima isyarat, kami semua mula berpura-pura tidur.-Gambar Hiasan

Pada hari pertamanya, dia agak takut dengan pertanyaan daripada rakan-rakan sekelas. Maklumlah pelajar baru. Lagipun dia adalah anak pengetua kami pada masa tersebut. Mungkin bapanya yang mengajaknya berpindah ke sekolah kami. Dia agak menggelabah bila kami bertanya, adakah beliau anak pengetua? Tiba waktu subjek sejarah, ketua kelas menyuruh semua pelajar berpura-pura tidur. Hakim hanya mengikut sahaja sebab tidak tahu punca sebenar pelajar sekelasnya berkelakuan demikian. Sungguh kasihan nasib cikgu tersebut, gara-gara diboikot para pelajar. Hakim pernah membuat pengakuan, seteruk-teruk sekolah lamanya, belum pernah mereka membuatkan guru mereka "termakan hati".

1
29 September 2008

Permainan di sekolah 198X

1. Warna Air PANDA

Warna air yang diimport khas dari China ini memang terkenal pada era 198X ini. Harganya juga amat berpatutan. Bila digunakan bersama berus murah dan HARAM, ianya dapat menghasilkan kualiti dan lukisan yang cantik. Tidak hairanlah mengapa ianya menjadi pilihan anak muda pada masa dulu.

MESEJ : Panda sudah semakin pupus. Janganlah pada masa depan, generasi kita hanya dapat melihat panda hanya sebagai ikon dan medium cetakan sahaja.

2. Kotak Pensel Mc Gyver

Sesiapa yang memiliki kotak pensel ini adalah terdiri dari golongan yang agak mewah dan kreatif. Biasanya dimiliki oleh anak-anak cikgu. Menurut kawan aku, dia pernah digelar Mc Gyver di sekolah gara-gara mempunyai kotak pensel jenis ini. Dia mendapat gelaran sedemikian , walaupun hakikatnya dia seorang perempuan. Kalaulah aku, aku akan gelarnya Mek Gyver. Mungkin dia akan terasa sedikit bangga dengan gelaran ini.

Aku hanya pinjam kotak pensel ini sebab tak mampu nak beli. Bijak lagi. Aku mengambil kesempatan untuk mengasah pensel meggunakan gerumit yang terdapat pada kotak pensel tersebut. Kadangkala ianya juga disertakan dengan permainan Pinball . Kadang-kadang aku juga bermain kotak tersebut sebagai mainan robot. Ini kerana, ianya umpama robot Transformers yang berkeupayaan untuk merubah rupa bentuk. Pendek kata, antara ciptaan yang tercanggih era 198X.

Antara rekaan yang terbaik dan ergonomik di abad ini.

3. Koleksi Pemadam Pensel

Pemadam pensel jenis ini mudah didapati di kedai-kedai runcit berdekatan dengan sekolah. Kadangkala dijual longgok dan biji. Terdapat pelbagai jenis rekaan. Antara yang menarik ialah koleksi negara-negara serata dunia.Kadangkala, akibat otak yang kreatif, para pelajar akan menggunakan pemadam ini sebagai permainan di waktu senggang. Cara permainannya yang direka amat mudah.

Pemadam digolekkan supaya menindih pemadam lawan. Pemenang tegar biasanya mempunyai koleksi pemadam yang banyak hasil dari kemenangan selama mereka berkecimpung dalam permainan ini. Ia juga menjadi punca perbalahan dan pergaduhan kecil di kalangan pelajar. Ini mungkin diakibatkan rasa ketidakkepuasan hati dari pihak yang menang mahupun yang kalah.

Trofi kemenangan diukur berdasarkan jumlah pemadam yang dikumpul dari mangsa-mangsa pembuli pemadam

0
28 September 2008

Rancangan Televisyen 198X

1. Gaban

"Wa kacau wa kacau kenangga". Lagu yang aku tak berapa nak boleh blah bila terbayangkan bagaimanalah agaknya rupa penyanyi asal lagu Gaban tu bila mendendangkan lagu tema tersebut dengan penuh semangat dan perasaan. Kesan paling besar siri ini sehingga wujudnya kata-kata yang menggunakan gaban dalam percakapan harian. Contohya, "Aku dah letih tahap gaban ni". Kalau anda tidak percaya dengan kenyataan ini, bolehlah melawat komen-komen di Youtube.com. Memang pengaruhnya amat besar.

Berikut adalah komen-komen mereka,

orangAsia86 : gaban!aku bertukar!hahaha...igt lagi zaman kanak2..semua org aku belasah lepas tgk cite gaban nie...mengelabah abg aku bila akuy bertukar jadi gaban..ekeekee...cite ni ngan lagu dye,mmg sodap..kostum yg menarik...tv2,kul 10 pagi thn 1996

hornbill10 : ingat lagi lari kat umah member yg ade karan 24jam... semata mata nak tgk gaban... cian.... gaban punye pasal sanggup... rindu siot.....

Dalam banyak-banyak komen ini, ada seorang budak yang perangai dan gayanya sama seperti aku,

shahlangsi : aku ponteng skola agama nak tgk gaban..setiap hari khamis..5.00ptg pukul 4.30ptg suria perkasa hitam..package tue aku dapat..heheheh

(mungkin aku baik sikit, sebab kadang-kadang saja ponteng, balik awal tu memang selalu)

Gaban: Hai kawan-kawan. Masih ingat dengan saya? Akulah Polis Angkasa Gaban.

Aksi paling bergaya.

Gaban mempunyai pelbagai gaya yang menarik. Ianya juga sehebat David Carusso. dalam CSI.

Walaupun kadang-kadang kelihatan agak mengada-ngada sikit, bila kita dah semakin dewasa kita makin pandai menilai. Kalau dahulu, hari Khamis jam 5 petang, aku akan balik awal dari kelas petang (fardhu ain). Ponteng kelas dan balik awal semata-mata untuk menonton rancangan ini. Laser Z Beam!!!

Aksi lompat huruf T


Aksi menggelungsur di atas kereta

2. Air Wolf

Antara siri kegemaran aku semasa zaman kanak-kanak. Kisah kecanggihan sebuah helicopter yang begitu hebat pada era tersebut. Aku pernah menjadi taksub dengan kekuatan dan senjata yang ada pada jentera ini. Sehinggakan airwolf menjadi subjek utama di dalam kelas seni, contengan pada buku dan sebagainya.



3. Dragon Ball Z (Mutiara Naga)

Siri kartun yang "tak lekang dek panas dan tak lapok dek hujan" ini terus menjadi kegilaan kanak-kanak hingga ke hari ini. Pelbagai koleksi permainan juga pernah aku beli. Siri ini ditayangkan pada hari ahad. Kadang-kadang jika ada kesempatan memonteng sekolah, dapatlah juga aku tonton siri kartun ini. Tapi tak boleh kerap sangat. Nanti disyaki niat sebenar aku ponteng sekolah. Mungkin guru-guru di Kedah juga sudah sedia maklum kenapa kedatangan murid-murid mereka merosot setiap hari Ahad. Inilah salah satu puncanya. Ini pengakuan ikhlas dari aku.


4. Tom & Jerry

Siri kartun yang mengisahkan telatah 2 watak utama Tom dan Jerry ini juga amat kuat pengaruhnya. Masakan tidak, seorang kawan aku mendapat parut di kepalanya gara-gara berlari untuk menonton Tom & Jerry. Mungkin siri kartun baru mula ditayangkan, tetapi beliau takut terlepas walau sedikit. Semasa berlari, lantai rumahnya licin. Beliau jatuh lalu terlanggar pintu bilik. Kesannya parut di dahi yang masih kekal hingga ke hari ini. Sedikit keayuannya pada wajahnya hilang hasil penangan si tikus dan si kucing ini.


1

Permainan 198X

PERHATIAN! Semua permainan yang disenaraikan ini mungkin sudah pupus dan tidak wujud lagi pada masa kini. Kesemua permainan ini, amat mudah diperolehi oleh aku.(sebab abang aku ada kedai, kadang-kadang aku yang jaga)

Permainan Keropok Ali Baba

Permainan ini diperoleh dari dalam bungkusan keropok Ali Baba. Terdapat pelbagai jenis permainan yang menarik untuk kanak-kanak pada zaman tersebut. Ramai kanak-kanak teruja dengan permainan-permainan Ali Baba, termasuk juga aku. Sekarang dah tak wujud lagi rasanya keropok ni.Contoh permainan:

1) Basikal Tarik-Tarik
2) Pistol @ Senapang Melekat
Pistol Meletup
Pistol jenis ini sangat mudah diperolehi serta mudah dibeli. Pelurunya dijual mengikut kiraan bullet, papan atau rangkai. Aku selalu merembat peluru ini dari kedai abang aku. Patutlah habis selalu (aku yang rembat, maunya tak laris).
Kadang-kadang, dengan pembelian pistol ini juga anda layak mendapat kelonsong peluru putih secara percuma. Bila digabungkan dengan peluru merah, ianya akan mencetuskan impak yang amat dasyat (abang aku penah kena tembak dengan aku, dia saja yang tahu azab sakitnya)



Gambar 1 : Bahan bukti kes, pistol bersama 72 biji peluru merah (bullet). Tidak kelihatan dalam gambar ialah kelonsong peluru putih yang telah digunakan.
Belon Tiub
Belon jenis ini kadangkala diperolehi secara percuma apabila anda membeli Keropok Ali Baba. Kadang-kadang, ianya juga dijual secara berasingan samada pakej beli satu percuma satu atau pun dibungkus bersama belon getah.


AWAS! Bila belon ditiup besar, kemungkinan muka anda akan dipenuhi dan disaluti dengan belon (larva belon)
Gambar 1: Seorang model menunjukkan cara dan aksi tiupan belon dengan menahan nafas.
Patung Combat
Patung Combat ini sangat mudah diperolehi juga (abang aku yang beli) Abang aku seorang yang fanatik dangan ketenteraan. Jadi dia yang belikan. Kami bermain di tepi rumah atuk aku. Patung Combat disusun mengikut strategi. Tapi biasanya aku main cheat sikit. Aku akan letakkan di akar-akar pokok, tanam separuh kaki, bersandar di belakang batu ataupun sembunyi sampai tak jumpa-jumpa.
Permainannya mudah. Abang aku akan mula mencari orang-orang aku. Lepas tu, dia akan ambil sebiji batu. Lalu dibalingkan ke arah askar-askar aku yang sedang bersembunyi. Menarik kan? Akibat penipuan aku, askar aku sentiasa menang. Selepas satu balingan, tiba giliran aku. Aku akan mengambil batu lada segenggam. Bila dibaling, ianya umpama serangan hendap dengan menggunakan machine gun, peluru tabur, bom berangkai dan senjata yang seumpamanya. Bijak kan? Kadang-kadang bila bosan, kami akan membuat bom api (molotov cocktail). Kiranya, akan musnahlah kem askar-askar tu sambil menyalai mangsa-mangsa yang sudah kudung kakinya. Begitu ganas lagaknya.
Gambar 1: Antara askar yang menjadi buruan dan mangsa kami (kecuali yang merah susu tu, tak penah jumpa pun) Adakah ia termasuk dalam kategori anak itik yang hodoh?
AWAS! Semua teknik penipuan aku adalah contoh untuk mencapai kemenangan. Ianya tidak patut menjadi ikutan dan diamalkan oleh kanak-kanak pada masa kini. Pengawasan dari orang dewasa amatlah perlu.
Kad Mini
Kad mini ini dijual dalam bentuk kepingan atau helaian. Ialah perlu diceraikan untuk memulakan permainan. Tetapi ada pelbagai versi permainannya. Antaranya
a)Versi Tepuk Angin
Kad diletak terbalik di atas lantai. Pemain akan menepuk mengikut giliran sehingga kad berpusing. Tahap kekuatan angin tepukan menjadi faktor kemenangan. Tapi teori ini disangkal oleh aku. Bagi aku, kadangkala bebijaksaan mengatasi segalanya. Sebabnya bila tiba giliran aku. Aku akan melipat sedikit kad ke atas. Teknik ini memudahkan kad berpusing. Bila tepukan kuat, kemungkinan kad berpusing semakin tipis. Ini mungkin akibat angin lintang ( kad berpusing gaya lompat balik kuang ( sommersault ). Justeru kekuatan tepukan bukanlah faktor utama.
a)Versi Tepuk Tangan
Kad diletak di atas tapak tangan. Pemain akan menepuk kad yang ada di tangan bersama-sama pemain lawan sehingga kad berpusing. Apabila pertembungan berlaku, impaknya menyebabkan kad jatuh ke bawah dan berpusing. Bila tepukan kuat, kemungkinan tangan yang akan sakit. Ini mungkin akibat tahap kepulunan pemain lawan yang berusaha untuk menang.Teori kemenangan aku mudah. Aku akan menurunkan tangan aku sedikit ke bawah. Kemungkinan kad aku untuk berpusing adalah sedikit. Jadi, akulah yang menang. Mungkin juga faktor graviti.
Contoh cetakan dan imej pada kad mini. Gambar sekadar hiasan
Gambar 2 : Kad-kad yang dimenangi oleh aku hasil dari teknik "rahsia".
AWAS! Semua teknik penipuan aku adalah contoh untuk mencapai kemenangan. Ianya tidak patut menjadi ikutan dan diamalkan oleh kanak-kanak pada masa kini. Pengawasan dari orang dewasa amatlah perlu.